Ikuti Kami:

Kang Taeoh Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat Di TikTok Ogos Ini

Kang Taeoh Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat Di TikTok Ogos Ini

Ada berita gembira buat semua peminat Kang Tae-oh!

Pada 22 Ogos, Kang Tae-oh diumumkan bakal menemui peminat di seluruh dunia menerusi acara perjumpaan peminat di TikTok. Jelas agensinya,

Pelakon Kang Tae-oh akan bertemu peminat di seluruh dunia melalui ‘TikTok Stage Connect: SweeTaeOh’ pada 31 Ogos.

Untuk pengetahuan, acara perjumpaan peminat secara dalam talian ini akan dihoskan oleh Kang Tae-oh, yang telah membuktikan dirinya sebagai pelakon paling trending selepas membintangi “Extraordinary Attorney Woo”.

Sebelum dia menyertai khidmat tentera tak lama lagi, pelakon itu ingin membalas cinta peminat seluruh dunia melalui siaran langsung yang akan disiarkan di lebih 190 negara.

Tambahan, dalam acara perjumpaan peminat ini, Kang Tae-oh dijangka akan berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya hingga sekarang, sedikit cerita belakang tabir drama “Extraordinary Attorney Woo” dan banyak lagi, menambah keterujaan peminat.

Korang jangan lupa join tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...