Utama Celebrity News “Jangan Lupakan Saya” – Bakal Sertai Khidmat Tentera, Kang Taeoh Beri Mesej...

“Jangan Lupakan Saya” – Bakal Sertai Khidmat Tentera, Kang Taeoh Beri Mesej Buat Peminat

kang taeoh

Mesti ramai yang akan merindukan pelakon Kang Tae-oh nanti…

Bagi yang belum tahu, Kang Tae-oh kini sedang membintangi drama “Extraordinary Attorney Woo” dan membawa watak sebagai Lee Jun-ho. Tidak dinafikan selepas penampilannya dalam naskhah ini, pelakon itu semakin mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai kini.

Bagaimanapun, Kang Tae-oh nampaknya bakal ‘sepi’ sebentar dalam dunia hiburan memandangkan selebriti itu akan menyertai khidmat ketenteraan wajib pada tahun ini.

Menurut agensinya baru-baru ini, Kang Tae-oh perlu mengambil bahagian dalam khidmat ketenteraan pada tahun ini, tetapi tarikh tetap penyertaan masih belum dikeluarkan.

Membalas kembali sokongan setia yang diberikan, Kang Tae-oh telah meninggalkan mesej khas buat peminat sebelum pendaftaran tentera.

Salam kepada peminat saya. Saya bersyukur dapat bertemu dengan anda melalui drama yang bagus dan nampaknya anda sangat menyukainya jadi, terima kasih banyak-banyak. Sebagai lelaki Korea Selatan, saya mempunyai kewajipan untuk dilaksanakan.

Ucapnya lagi,

Saya akan kembali dengan minda dan badan yang sihat. jadi sampai bila-bila, tolong jangan lupakan saya sebab saya takkan lupakan awak juga. Saya akan kembali dengan sisi baru dan matang saya. Sila tunggu sebentar.

kang taeoh

Selamat berkhidmat Kang Tae-oh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...