Ikuti Kami:

Kang Seungyoon WINNER Buat Penampilan Khas dalam ‘Tomorrow’

Kang Seungyoon WINNER Buat Penampilan Khas dalam ‘Tomorrow’

Penyanyi lelaki, Kang Seung-yoon ini pastinya berjaya menambat hati para peminat tidak kiralah ketika beraksi secara berkumpulan mahupun solo. Bintang dari ahli kumpulan WINNER yang bernaung di bawah YG Entertainment ini khabarnya akan membuat satu lagi persembahan namun kali ini agak eksklusif.

Kang Seung-yoon semestinya sudah terkenal dengan beberapa penampilannya dalam dunia lakonan. Jadi tidak hairanlah, jika dia makin kerap berlakon kerana bakat dan persembahan lakonannya sangat berkualiti dan memberi impak.

KANG SEUNG YOONOleh itu, Kang Seung-yoon kali ini bakal melakukan penampilan khas dalam drama fantasi “Tomorrow” sebagai seorang penyanyi dengan masa lalu yang menyakitkan. Dalam episod akan datang drama tersebut, Kang Seung-yoon akan membawa watak Kang Woo-jin iaitu seorang penyanyi dan juga penulis lirik. Sejak diusia muda lagi, Kang Woo-jin sudah menyimpan luka di hati yang telah dia sembunyikan daripada orang sekelilingnya sehingga menyebabkan dia hampir membunuh diri dan membuatkan dirinya sebagai sasaran penyelamat oleh pasukan Pengurusan Krisis.

Kang Seung-yoon sebelum ini pernah berkerjasama dengan pengarah Sung Chi-wook dalam drama “Kairos” dan dia juga bakal tampil sebagai ‘cameo’ sebagai tanda sokongan kepada pengarah tersebut. Malah, krew produksi di set penggambaran juga turut berkongsi bahawa mereka amat menyenangi Kang Seung-yoon.

Kami sangat berbesar hati kerana Kang Seung-yoon telah setuju untuk menjadi watak utama dalam episod kali ini walaupun dia mempunyai jadual yang padat. Oleh kerana semangat dan kesungguhan Kang Seung-yoon dalam lakonan, watak kali ini telah digambarkan secara tiga dimensi.

Menariknya watak Kang Seung-yoon kali ini! Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama “Tomorrow”!

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...