Ikuti Kami:

Kang Seungyoon WINNER Sah Sertai Drama Thriller Jenayah ‘Voice 4’

Kang Seungyoon WINNER Sah Sertai Drama Thriller Jenayah ‘Voice 4’

Selepas mengesahkan Lee Ha-na dan Song Seung-heon bakal menerajui “Voice” musim ke-4, pihak produksi drama itu menyatakan tambahan pelakon lain.

Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh zalim yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Merupakan idola yang terkenal dengan bakat lakonannya, Kang Seung-yoon (WINNER) disahkan bakal menyertai musim terbaru siri jenayah thriller itu. Dia akan melakonkan watak Han Woo-joo, staf baru yang menyertai pasukan penyiasatan siber Golden Time. Woo-joo juga digambarkan sebagai seorang yang bijak daripada tiga generasi keluarga jurutera. Walaubagaimanapun, dia sanggup melepaskan peluang menggenggam ijazah PhD bagi mencari keseimbangan kerja dan kehidupan dan kemudiannya menyertai Golden Time sebagai ejen talian.

son eunseo

Manakala Son Eun-seo juga dikhabarkan bakal kembali di dalam siri tersebut sebagai Park Eun-soo yang pandai bertutur dalam lima bahasa.

Terujanya nak tonton siri terbaru ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...