Ikuti Kami:

Kang Seungyoon WINNER Akan Buat Penampilan Khas Di MBC ‘Tomorrow’

Kang Seungyoon WINNER Akan Buat Penampilan Khas Di MBC ‘Tomorrow’

Nampaknya Kang Seung-yoon WINNER makin aktif dalam bidang lakonan!

Sebelum ini, Kang Seung-yoon telah membintangi drama thriller jenayah “Voice 4”, yang mendapat perhatian ramai. Dikenali sebagai idola yang mempunyai bakat lakonan yang hebat, kali ini, Kang Seung-yoon telah disahkan bakal tampil sebagai ‘cameo’ dalam drama MBC akan datang “Tomorrow”.

Dilaporkan bahawa Kang Seung-yoon baru-baru ini, telah mengambil bahagian dalam penggambaran, dan diharapkan dia akan dapat menarik perhatian dengan peranan penting ini.

kang seungyoon mbc tomorrow

Sementara itu, “Tommorow” ialah drama yang menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula. Drama ini turut dibintangi Rowoon SF9 dan Kim Hee-sun, serta bakal ditayangkan selepas drama MBC “Tracer” tamat.

Tak sabar la nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...