Ikuti Kami:

Kang Mina Dilamar Sertai Shin Hyesun Dalam Drama ‘Welcome To Samdalri’

Kang Mina Dilamar Sertai Shin Hyesun Dalam Drama ‘Welcome To Samdalri’

Nampaknya ada drama healing barulah!

Menurut pegawai media, pelakon yang terkenal dengan drama “Hotel Del Luna” iaitu Kang Mi-na, bakal sertai drama baru berjudul “Welcome To Samdalri” sebagai adik bongsu kepada Shin Hye-sun.

Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Memang benar bahawa dia telah menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ‘Welcome To Samdalri’.

Untuk maklumat korang, “Welcome To Samdalri” merupakan drama penyembuhan yang mengisahkan tentang seorang hero pada pandangan orang lain tetapi pada suatu hari, dia telah kehilangan segala-galanya dan dia kembali tenang demi meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Sedikit info, Shin Hye-sun dan Ji Chang-wook turut dilamar untuk membintangi drama yang sama sebagai watak utama.

kang mina

Jika Kang Mi-na menerima tawaran tersebut, dia akan memainkan watak sebagai Hae-dal iaitu anak bongsu daripada tiga adik-beradiknya. Dia membesar dengan kasih sayang kakak keduanya, Sam-dal dan kakak pertamanya, Jin-dal. Watak Hae-dal ini juga merupakan seorang anak yang sangat cerdas dan ceria walaupun dilanda masalah pada usia muda.

Kalau korang nak tahu, “Welcome To Samdalri” ini ditulis dari penulis drama “Hi Bye, Mama!” dan juga pengarah dari “When the Camellia Blooms”.

Macam ada aura sedih je…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...