Utama Filem Korea Debut Filem Pertama, Yoo Seonho Sertai Yoo Insoo & Kang Mina Dalam...

Debut Filem Pertama, Yoo Seonho Sertai Yoo Insoo & Kang Mina Dalam ‘Well Done!’

yoo seonho yoo insoo kang mina

Akhirnya, Yoo Seon-ho akan membuat debut filem pertamanya menerusi “Well Done!”!

Terbaru, agensi Yoo Seon-ho telah mengesahkan bahawa pelakon itu akan sertai Yoo In-soo dan Kang Mi-na dalam filem “Well Done!”, yang mengisahkan tentang seorang budak lelaki di tangga sosial paling bawah yang tidak mempunyai apa-apa impian dan harapan. Apabila peluang yang tidak disengajakan memberikannya kuasa wang, dia dengan berani bergerak ke hadapan tanpa teragak-agak.

Dalam filem ini, Yoo Seon-ho akan membawa watak utama sebagai Kang-jin, seorang budak lelaki yang berusaha dari bawah hingga berjaya.

filem well done!

Manakala Kang Mi-na akan menghidupkan watak Da-young, seorang yang kesepian dan cuba untuk tahan menghadapi dunia yang sukar. Seterusnya Yoo In-soo akan berperan sebagai Nam-young, seorang yang memprovokasi Kang-jin dan menjadi pemangkin kepada pelariannya.

Dalam pada itu, filem “Well Done!” dijadualkan untuk menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar News
Loading...