Ikuti Kami:

Kang Hoon & Jeon Yeobeen Dilihat Jalani Penggambaran Drama Remake ‘Some Day Or One Day’

Kang Hoon & Jeon Yeobeen Dilihat Jalani Penggambaran Drama Remake ‘Some Day Or One Day’

Nampaknya, semua kru “A Time Called You” sedang sibuk melakukan penggambaran kini.

Pada 12 Jun, seorang pengguna di Instagram, telah memuat naik foto Kang Hoon dan Jeon Yeo-been sedang melalukan penggambaran bagi drama pembuatan semula berjudul “A Time Called You”. Dia turut menulis kapsyen,

Penggambaran drama di kejiranan saya. Kang Hoon Jeon Yeo-been!! Teruja betul.

Untuk pengetahuan, “A Time Called You” ialah ciptaan semula dari drama popular Taiwan “Some Day or One Day”, yang mempunyai jalan cerita yang menarik. Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jun-hee (Jeon Yeo-been), yang berhadapan dengan kehilangan teman lelakinya walaupun selepas setahun berlalu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya tersesat kembali pada tahun 1998, dan bertemu dengan Si-heon (Ahn Hyo-seop), seorang lelaki muda yang kelihatan sama seperti teman lelakinya yang telah meninggal dunia. Kang Hoon akan memegang watak In-kyu, kawan baik Si-heon yang juga menyayangi Jun-hee.

kang hoon jeon yeobeen

Meskipun tarikh tayangan rasmi bagi “A Time Called You” masih belum diumumkan namun, telah dilaporkan bahawa ianya akan dikeluarkan di Netflix dalam masa terdekat.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...