Ikuti Kami:

Kang Haneul & Jung Somin Jadi Suami Isteri, Filem ’30 Days’ Tamat Penggambaran

Kang Haneul & Jung Somin Jadi Suami Isteri, Filem ’30 Days’ Tamat Penggambaran

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kang Ha-neul dah Jung So-min dalam filem “30 Days”!

Untuk pengetahuan, Kang Ha-neul dan Jung So-min akan membawa watak suami isteri yang tidak bahagia dalam filem komedi romantik “30 Days”, mengikuti pasangan yang pernah menjalinkan cinta yang hangat, tetapi kini di ambang perceraian selepas pergaduhan yang berlaku.

Dalam filem ini, Kang Ha-neul akan membawa watak sebagai Noh Jung-chul, yang hilang ingatan dalam kemalangan 30 hari sebelum berakhirnya perkahwinannya yang telah dijadualkan. Manakala Jung So-min pula akan berperan sebagai isteri kepada Noh Jung-chul, Hong Na-ra.

Terbaru, pasukan produksi telah mengumumkan bahawa filem berkenaan telah pun menamatkan penggambaran pada 10 Februari lalu. Ketika sesi temu bual selepas menamatkan penggambaran filem itu, pelakon lelaki itu berkongsi,

 Semasa di set, saya sangat gembira sehingga saya menantikan penggambaran pada hari berikutnya. Saya percaya ia akan menjadi filem yang membawa ketawa kepada penonton.

kang haneul jung somin

Luah Jung So-min pula,

Saya rasa saya dapat mencuba pelbagai perkara kerana pengarah membenarkan saya berlakon dengan bebas dan selesa.

Sama-sama kita nantikan tayangan filem “30 Days” ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...