Artis solo Kang Daniel telah mengumumkan konsert jelajah Asia 2022!
Pada 16 September, KONNECT Entertainment telah melancarkan poster konsert jelajah dunia 2022 Kang Daniel “First Parade”, bermula dengan negara Asia.
Antara negara yang akan dilawati Kang Daniel adalah termasuk Manila, Bangkok, Kuala Lumpur, Taipei, Singapura, Hong Kong dan Macau.
Seorang pegawai dari agensinya menjelaskan,
Jelajah Asia ini akan menunjukkan spektrum Kang Daniel yang meluas ke peringkat globalnya.
https://twitter.com/_hallyupop/status/1570652176795709443
Untuk pengetahuan, konsert Asia pertama Kang Daniel bermula pada 22 Oktober ini di Manila dan akan berlangsung sehingga awal tahun depan.
Segala jadual dan maklumat lanjut mengenai masa dan lokasi konsert, akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.