Ikuti Kami:

Bermula Dengan Asia, Kang Daniel Rancang Bakal Buat Konsert Jelajah Dunia

Bermula Dengan Asia, Kang Daniel Rancang Bakal Buat Konsert Jelajah Dunia

Sebelum ini, Kang Daniel mula meraih perhatian apabila dia membuat penampilan khas dalam “The Kelly Clarkson Show”. Terbaru, katanya dia kini merancang untuk membuat konsert jelajah dunia. Wah!

Pada 14 Ogos lalu, Kang Daniel mengadakan satu sesi sidang media untuk hari kedua bagi konsert “FIRST PARADE In SEOUL” di Jangchung Arena, Seoul. Sewaktu sidang media tersebut, Kang Daniel bukan sahaja membicarakan mengenai persembahan “FIRST PARADE” tersebut, malah dia turut memberi hint mengenai tarikh untuk konsert jelajah akan datang.

Saya merancang untuk mengadakan konsert jelajah dunia. Akan ada banyak tempat di mana peminat boleh bertemu dengan saya, namun saya merasakan saya akan bermula dengan Asia dulu. 

kang daniel

Dalam pada itu, konsert Kang Daniel iaitu “FIRST DANIEL In SEOUL” adalah merupakan konsert pertamanya selepas debut solo. Konsert tersebut turut mempamerkan senarai lagu yang pernah dinyanyikan olehnya sepanjang 3 tahun bergelar penyanyi.

Wah, love lah sebab nak mula tour kat Asia dulu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...