Siap sedia semua untuk album terbaharu Kang Daniel!
Pada April lepas, KONNECT Entertainment telah mengesahkan bahawa Kang Daniel sedang membuat persiapan bagi pelancaran album terbarunya pada bulan hadapan.
Terbaru pada 13 Mei, Kang Daniel telah berkongsi senarai lagu untuk album penuhnya yang akan datang “The Story”, yang akan menampilkan artis seperti Jessi, Chancellor, Dbo dan sokodomo!
Untuk pengetahuan, ini menandakan kemunculan semula baharu Kang Daniel selepas mengeluarkan album “Yellow” pada April tahun lepas.
https://twitter.com/konnect_danielk/status/1524766358797496326
Jangan lupa tau keluaran album Kang Daniel “The Story” pada 24 Mei ini!