Ikuti Kami:

Kang Daniel Sah Bakal Buat Comeback Mei Ini

Kang Daniel Sah Bakal Buat Comeback Mei Ini

Peminat K-pop terutamanya kelab peminat “DANITY” bagi kumpulan WANNA ONE semestinya amat mengagumi lagu-lagu mereka setakat ini. Terbaru, terdapat khabar dimana seorang bekas ahli WANNA ONE iaitu, Kang Daniel bakal membuat comeback solo Mei ini!

Pihak agensi Kang Daniel sendiri iaitu KONNECT Entertainment telah mengesahkan bahawa penyanyi itu sedang membuat persiapan bagi pelancaran album terbarunya pada bulan hadapan. Seorang wakil daripada agensi tersebut telah tampil memberikan kenyataan untuk mengesahkan perkara tersebut.

Kang Daniel bakal membuat comeback di dalam industri muzik pada Mei ini.

kang daniel

Secara ringkasnya, comeback akan datang ini akan menjadi comeback pertama dan permulaan bagi langkah baru setelah albumnya terdahulu berkonsepkan “color trilogy”  pada tahun lepas iaitu “YELLOW”.

Teruja tak untuk comeback Kang Daniel? Rasa-rasanya apa konsep yang akan dibawanya kali ini? Cuba korang kongsikan pendapat korang!

Tunggu comeback Kang Daniel Mei ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...