Ikuti Kami:

Kang Daniel Tonjol Potensi Lakonan Dalam ‘Rookie Cops’ Meski Dikritik Awalnya

Kang Daniel Tonjol Potensi Lakonan Dalam ‘Rookie Cops’ Meski Dikritik Awalnya

Ramai yang sukakan drama remaja kerana kesegarannya kan? Sebab itu ramai yang seronok menonton “Rookie Cops” di Disney+ kini!

Bukan sahaja kerana plot yang menghiburkan, ramai yang menantikan drama tersebut kerana ia merupakan naskhah debut Kang Daniel sebagai pelakon. Walaupun menerima kritikan kerana sebutan yang kurang jelas semasa melontarkan dialog pada awal tayangan, namun jangkaan mula meningkat buat idola itu kerana penambahbaikan yang ditonjolkan pada saban episod.

Meskipun tidak dapat memuji persembahannya sebagai ‘kerja yang baik’ sekarang namun sekurang-kurangnya potensi Kang Daniel sebagai pelakon diakui dan diterima ramai.

disney+ rookie cops

Kang Daniel membawa watak Seung-hyun di mana dia memasuki universiti kepolisan dengan markah kemasukan tertinggi dan menanam niat untuk menjadi pegawai polis seperti ayahnya, Son Chang-min iaitu ketua Agensi Polis Kebangsaan. Digelar sebagai ‘anak kawan mak’ dalam setiap aspek, namun lelaki itu tidak boleh melihat ketidakadilan dan melalui pelbagai waktu sukar di akademi berkenaan kerana budaya ‘ragging’ para senior.

Bukan itu sahaja, idola berkenaan turut mempunyai keserasian yang baik dengan pelakon di sekelilingnya seperti Chae Soo-bin, Lee Shin-young dan Park Sung-joon di mana mereka membantu mengisi kekosongan yang tidak mampu dipenuhi Kang Daniel.

Tidak dapat disangkal bahawa “Rookie Cops” berjaya membawa tenaga positif kerana setiap wataknya yang memaparkan personaliti yang realistik pada anak muda yang cuba menggapai impian mereka.

disney+ rookie cops

Dalam pada itu, peminat K-Drama akan terus memerhatikan perkembangan Kang Daniel sebagai pelakon. Sama ada dia akan terus memperbaiki diri dan membuktikan bahawa potensi yang ada dalam dirinya sebagai pelakon tidak akan disia-siakan.

Untuk pengetahuan, “Rookie Cops” menjadi sebutan ramai peminat luar negara kerana kemunculan Kang Daniel sebagai hero utamanya. Bahkan drama itu mampu merebut tempat pertama di laman penstriman Disney+ di Korea.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...