Ikuti Kami:

Penuh Tawa & Misteri, Episod Awal ‘Rookie Cops’ Di Disney+ Raih Pujian Ramai

Penuh Tawa & Misteri, Episod Awal ‘Rookie Cops’ Di Disney+ Raih Pujian Ramai

Baru memasuki pasaran Korea tahun lalu, namun Disney+ nyata tidak main-main dengan kadnungan yang dihasilkan.

Lihat sahaja episod awal “Rookie Cops” yang berjaya membuat semua gelak dan meremang dalam dua episod awalnya.

[Amaran SPOILER]

Realiti pelatih di akademi polis

Pembukaan drama itu membuktikan bahawa menjadi pelatih akademi polis bukanlah suatu pengalaman yang indah. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam akademi tersebut, kesemua mereka perlu meninggalkan keindahan dunia luar dan patuh terhadap gaya hidup baru seperti latihan yang memenatkan.

Meskipun tegas, namun Wi Seung-hyun (Kang Daniel) tidak betah melihat rakan pelatihnya di’dera’ lantas lelaki itu tidak takut untuk bangkit dan mempersoalkan layanan yang diterima mereka.

Manakala Go Eun-kang (Chae Soo-bin) pula menerima sinar cahaya apabila namanya dipilih untuk menyertai akademi itu sebagai ganti seorang pelatih yang memilih untuk berhenti kerana tidak tahan dengan latihan yang ketat.

disney+ rookie cops

Indah hanya sekejap

Keseronokan Go Eun-kang tidak bertahan lama apabila dia dituduh merakam pelatih lain secara sembunyi menggunakan kamera pengintip. Sambil merayu dan mengatakan bahawa dia tidak bersalah, gadis itu meminta bantuan rakan-rakannya. Dia merasakan bahawa kesilapan itu berlaku berkemungkinan dek baju yang tertukar semasa di bilik persalinan. Jika benar telahan itu, hanya Ki Han-na menjadi suspek utama.

Jika ada kamera, sudah pasti akan pengecajnya. Dengan teori itu, Go Eun-kang menyelongkar katil Ki Han-na dan menjumpa pengecaj itu di bawah bantalnya. Walau bagaimanapun, semasa menemui bukti itu, pintu bilik asrama itu terbuka secara tiba-tiba lantas meningkatkan saspens di penghujung episod tersebut.

disney+ rookie cops

Misteri dan misteri

Penonton bukan sahaja ingin tahu mengenai dalang disebalik kes rakaman sembunyi itu malah semua tertanya-tanya mengenai cerita sebenar yang berlaku hingga menyebabkan kematian Kim Hyun-soo (Kwak Si-yang).

Secara keseluruhan, “Rookie Cops” berjaya membuatkan penonton tak senang duduk selain tertawa sepanjang tayangan episod awalnya.

Malah para penonton juga meluahkan perasaan tidak sabar untuk menantikan episod akan datang “Rookie Cops”.

Buat semua, jangan lupa untuk saksikan “Rookie Cops” di Disney+. Dua episod baru akan diriliskan pada setiap hari Rabu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...