Ikuti Kami:

Kang Daniel Pilih Pelakon Ini Sebagai Idolanya Dalam Lakonan

Kang Daniel Pilih Pelakon Ini Sebagai Idolanya Dalam Lakonan

Kang Daniel baru-baru ini telah memulakan debutnya sebagai seorang pelakon dalam drama Disney+ “Rookie Cops”!

Dalam drama itu, Kang Daniel memainkan watak Wi Seung-hyun, seorang pelajar baru yang bermula di Universiti Polis Negara, dengan harapan untuk menjadi seperti bapanya, iaitu ketua Agensi Polis Negara.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini untuk “Rookie Cops”, Kang Daniel bercakap tentang bagaimana dia mahu mencuba sesuatu yang baharu di luar kerja idolanya yang biasa, justeru mengambil peluang untuk membintangi drama ini. Malah dia mengakui kerana gugup, dia melakukan beberapa kesilapan pada awal penggambaran, tetapi berkat sokongan pelakon berpengalaman di sekelilingnya, seperti rakan pelakonnya Chae Soo-bin yang memegang watak Go Eun-gang dalam drama itu, dia berjaya melakukannya.

kang daniel lee junho

Kang Daniel kemudiannya ditanya tentang pelakon pujaannya yang dipandang tinggi, dia mengakui bahawa terdapat ramai model peranan yang berbakat dan berjaya, tetapi dia secara khusus menyebut Lee Jun-ho 2PM. Kang Daniel melihat persembahan Jun-ho dalam drama hitnya “The Red Sleeve”, dan mengagumi keupayaan lakonannya. Dia sangat seronok menonton Jun-ho dalam drama itu. Katanya,

Baru-baru ini, saya seronok menonton Lee Jun-ho dalam ‘The Red Sleeve’. Terdapat terlalu banyak jurang antara senior dan saya. Saya rasa perkataan ‘role model’ boleh digunakan apabila saya secara khusus mencabar diri saya dalam bidang lakonan. Saya belum tahu milik saya. Jadi saya akan katakan semua orang adalah model peranan buat saya.

Korang dah tengok lakonan Kang Daniel dalam “Rookie Cops”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...