Merupakan seorang pelakon yang berbakat, kehidupan Honey Lee nyata menjadi ikutan ramai.
Terbaru, wanita itu yang sedang hamil 35 minggu telah berkongsi pelbagai momen bermakna di laman Instagram miliknya.
Dalam pelbagai entri yang dimuat naik, peminat tertarik apabila merasakan bahawa pelakon itu telah meninggalkan klu mengenai jantina anak sulungnya itu.
Ia berikutan beberapa pakaian bayi perempuan dengan corak bunga-bunga yang dimuat naik menerusi Instagram Story.
Terdahulu, Honey Lee berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada Disember lepas dan mengumumkan mengenai kehamilan pertama itu pada Januari tahun ini. Khabarnya, anak sulung pasangan itu akan dilahirkan pada Jun nanti.
Mesti comel macam Honey Lee!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.