Ikuti Kami:

35 Minggu Hamil, Honey Lee Kekal Aktif Bersenam

35 Minggu Hamil, Honey Lee Kekal Aktif Bersenam

Diam tak diam, kandungan anak sulung Honey Lee sudah pun mencapai 35 minggu kini.

Menerusi Instagram, pelakon wanita popula itu telah berkongsi beberapa keping foto di mana dia dilihat kekal aktif bersenam meskipun perut sudah pun kelihatan membesar.

Tulisnya,

34 minggu vs 35 minggu. Kandungan terma penuh, perut saya semakin membesar saban hari. Saya dan ‘Joy’ (nama timangan bayi) kuat dan bahagia~ Terima kasih kerana sokongan, kasih sayang dan hadiah dari anda.

Daripada entri itu, dapat dilihat badan Honey Lee yang kekal langsing daripada tepi dengan perut yang semakin ke depan.

Untuk pengetahuan, Honey Lee berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada Disember lalu dan mengumumkan mengenai kehamilan pertama itu pada Januari tahun ini. Khabarnya, anak sulung pasangan itu akan menyapa dunia pada Jun nanti.

Semoga semuanya berjalan lancar buat Honey Lee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...