Ikuti Kami:

Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Honey Lee Dilihat Tetap Luang Masa Mendaki

Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Honey Lee Dilihat Tetap Luang Masa Mendaki

Meskipun sedang sarat mengandung, ianya tidak menghalang Honey Lee untuk terus kekal aktif.

Terbaru, pelakon wanita tersebut memuat naik fotonya mendaki di laman Instagram. Tulisnya,

Selamat hari Easter semua! Awak sedang menjalani hari berbunga dengan baik kan? Saya juga telah mendaki dan baik-baik sahaja bersama bayi di dalam perut ini. 32 minggu.

Dalam foto itu, Honey Lee dilihat tersenyum gembira sambil memgang tongkat pendaki. Meskipun tubuhnya mungkin berat kerana pembawaan bayi namun pelakon tersebut tetap kelihatan bahagia.

Untuk pengetahuan, Honey Lee berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada Disember lalu dan mengumumkan mengenai kehamilan pertama itu pada Januari tahun ini. Khabarnya, anak sulung pasangan itu akan menyapa dunia pada Jun nanti.

Hebat Honey Lee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...