Ikuti Kami:

“Kamu Juga Perlu Rehat” – G-Dragon Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri & Dari Rakan-Rakan

“Kamu Juga Perlu Rehat” – G-Dragon Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Diri Sendiri & Dari Rakan-Rakan

Korang mesti tahu kan lagenda industri K-Pop, G-Dragon yang baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya pada 18 Ogos lalu? Ha, ulang tahun ke berapa tu?

Melihat kepada muat naik di laman Instagramnya baru-baru ini, G-Dragon dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 bersama beberapa teman rapat.

Gambar yang dimuat naik berserta kapsyen “Kebahagiaan anda juga adalah kebahagiaan saya” itu menunjukkan bahawa G-Dragon sebenarnya sangat mementingkan kegembiraan rakan-rakannya kerana itu juga akan turut membuatkan dia bahagia. gdDalam pada itu, jika dilihat pada perkongsian imej tarkhir G-Dragon, dia turut menitipkan ucapan ulang tahun kepada dirinya sendiri.

Kepada Kwon Ji-yong, kamu telah melakukan semuanya dengan baik sekali dan semuanya akan berjalan dengan baik juga. Kamu berada di landasan yang betul, Bagaimanapun, kamu juga perlu berehat. Hiduplah semahu kamu. Dunia tidak akan berpecah kalau tiada kamu. Kamu sentiasa tahu jalan pulang kamu. Lihat kepada alam semula jadi, manusia ini hanya satu ciptaan yang kecil. Jangan terlalu berkerja keras. 

Melihat kepada ucapan itu, peminat G-Dragon juga tidak terlepas daripada memberikan ucapan untuk ulang tahunnya.

“Saya sayang awak, oppa! Betul itu, Cuba relaks dan bergembira.”

 

“Ji-yong oppa, selamat hari jadi! Semoga kekal sihat dan gembira! Saya sayang awak dan rindukan awak”

 

“Sentiasa bergembira, hyung.”

gdBetul lah tu… tak salah pun G-Dragon rehat kejap kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...