Ikuti Kami:

Bukti Terus Akrab, G-Dragon & SE7EN Muat Naik Foto Bersama

Bukti Terus Akrab, G-Dragon & SE7EN Muat Naik Foto Bersama

Baru-baru ini, penyanyi SE7EN berkongsi satu imej melalui akaun Instagram rasmi miliknya, di mana satu imej bersama seorang lagenda K-pop, G-Dragon BIG BANG telah dimuat naik.

Satu imej bersama G-Dragon yang juga merupakan bekas rakan di bawah satu label yang sama, YG Entertainment. Imej itu diambil selepas G-Dragon hadir menonton muzikal SE7EN “Volume Up” dan imej itu turut dimuat naik dengan kapsyen mesra,

‘Dongsaeng’ (adik lelaki/kawan) saya.

se7en gdragonG-Dragon turut berkongsi imej dengan SE7EN dan kenalan mereka melalui ‘Instagram  Stories’ miliknya serta video SE7EN membuat persembahan.

SE7EN dan G-Dragon adalah bekas rakan label YG Entertainment dan dua rakan itu telah mengenali antara satu sama lain sejak sebelum debut BIG BANG pada tahun 2006, kerana G-Dragon pernah tampil sebagai penari sandaran SE7EN. Walaupun Se7en berpisah dengan agensi lamanya pada 2013, kedua-dua bintang itu masih terus mengekalkan persahabatan mereka hingga kini.

Rapat betul mereka. Korang ada tak rakan yang rapat macam mereka berdua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...