Tidak segan berkongsi kisah cinta, Lee Da-hae dan SE7EN akan membuat kemunculan bersama dalam rancangan “Omniscient Interfering View” nanti.
Dalam episod kelmarin, pelakon wanita itu telah berkongsi kehidupan sehariannya bersama peminat. Bukan sahaja berkongsi pelbagai aktiviti peribadi malah Lee Da-hae turut menceritakan hubungan romantik bersama SE7EN yang sudah terjalin selama 8 tahun lamanya.
Apabila melawat ke sebuah ruang tarian, Lee Da-hae menceritakan kisah pertelingkahan kecil bersama kekasihnya,
Kami bergaduh secara serius semasa belajar menari. Apabila lagu dimainkan, saya mengatakan yang saya tidak boleh melakukannya, ‘Patut tak saya berhenti?’ dan kami akan benar-benar berhenti menari.
Dalam sedutan episod akan datang, Lee Da-hae dan SE7EN dilihat menghabiskan masa bersama di sebuah restoran. Bahkan kedua mereka dilihat sangat romantik apabila Lee Da-hae mencubit pipi penyanyi itu dan memuji kecomelannya. Lelaki itu juga tidak lepas memandang teman wanitanya walaupun duduk bersebelahan.
Dalam pada itu, Lee Da-hae turut dilihat menangis apabila berkongsi cerita mengenai hubungan bersama SE7EN.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jangan lupa untuk tonton episod “Omniscient Interfering View” pada minggu hadapan.
Tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.