Ikuti Kami:

“Kami Yang Salah” – Song Jihyo & Agensi Uzurocks Berpisah

“Kami Yang Salah” – Song Jihyo & Agensi Uzurocks Berpisah

Akhirnya selesai sudah kemelut antara Song Ji-hyo dan agensinya, Uzurocks Entertainment.

Pada pagi tadi, pelakon wanita itu mengesahkan bahawa pihaknya sudah menghantar notis pembatalan kontrak bersama agensi berkenaan atas alasan ‘hilang kepercayaan’. Meskipun mengatakan bahawa Song Ji-hyo masih lagi di bawah agensi mereka, Uzurocks akhirnya meriliskan kenyataan lain kini,

Kami mengakui kesalahan yang dilakukan kerana perkembangan pesat dalam mengendalikan pelbagai bidang perniagaan berasaskan kandungan. Kami juga memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan buat semua yang memberikan perhatian dan menyokong perniagaan asal kami.

uzurocks song jihyo

Agensi itu turut meninggalkan ucapan positif buat pelakon berkenaan,

Walaupun syarikat kami dan Song Ji-hyo tidak dapat bersama untuk jangka masa yang lama, kami berjabat tangan atas sebab percaya satu sama lain. Kami berterima kasih di atas Song Ji-hyo yang berdedikasi dan sangat bertuah kerana dapat bekerja dengannya yang disayangi dalam setiap bidang. Pada masa hadapan, kami meminta anda menyokong dan memberikan perhatian terhadap kesemua aktiviti Song Ji-hyo.

Semoga Song Ji-hyo jumpa agensi yang labih baik nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...