Ikuti Kami:

“Tiada Kepercayaan Lagi” – Song Jihyo Fail Saman Batal Kontrak Bersama Uzurocks

“Tiada Kepercayaan Lagi” – Song Jihyo Fail Saman Batal Kontrak Bersama Uzurocks

Sepertinya ada perkhabaran kurang baik dan mungkin baik buat peminat Song Ji-hyo.

Menurut laporan eksklusif media, pelakon wanita itu memberitahu agensinya, Uzurocks pada 14 April lalu bahawa dia mahu membatalkan kontrak mereka dan sedang bersiap sedia untuk menfailkan saman bagi menamatkan perjanjian berkenaan.

Berita ini hadir sebagai satu kejutan memandangkan Song Ji-hyo baru sahaja menyertai jejak langkah ahli “Running Man” Ji Suk-jin pada Oktober 2022 dengan menyertai agensi itu pada Oktober 2022.

uzurocks

Terdahulu, beberapa staf Uzurocks mendedahkan bahawa mereka teraniaya kerana masalah kewangan agensi itu termasuklah tidak dibayar mengikut waktu ditetapkan selain gaga untuk membayar balik perbelanjaan.

Selepas berita ini dilaporkan, Uzurocks memberikan respon dan berkata,

Song Ji-hyo masih lagi pelakon di bawah agensi kami.

song jihyo

Walau bagaimanapun, balas pihak pelakon wanita itu,

Memang benar kami menghantar notis pembatalan kontrak pada 14 haribulan lalu. Kami memutuskan bahawa kepercayaan bersama telah terlerai, jadi kami membuat keputusan selepas pertimbangan mendalam.

Hmmm.. semoga baik-baik sahaja..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...