Ikuti Kami:

“Kami Tidur Sekali..” – Baru 6 Bulan Bercerai, Yulhee Bagi ‘Hint’ Dah Jumpa Pengganti Choi Minhwan?

“Kami Tidur Sekali..” – Baru 6 Bulan Bercerai, Yulhee Bagi ‘Hint’ Dah Jumpa Pengganti Choi Minhwan?

Yul-hee telah memberi perkembangan terkini kehidupannya selepas bercerai dengan Choi Min-hwan.

Pada 5 Jun, Yul-hee telah mengadakan sesi soal jawab di Instagramnya, di mana, ketika ditanya mengenai keberadaannya kini, bekas penyanyi itu telah memberikan jawapan yang mengejutkan.

Katanya,

Saya sekarang banyak menghabiskan masa dengan kawan baik lelaki saya yang saya dah anggap macam kekasih. Kami makan bersama, kerja bersama dan lakukan semua perkara bersama.

Tambahnya,

Kami juga tinggal berdekatan dan saya rasa sangat kecewa jika kami tak tidur sekali.

Tidak berhenti di situ, Yul-hee turut memuat naik gambarnya bersama lelaki tersebut dan kedua-dua mereka dilihat sedang berbaring di atas katil yang sama.

yulhee-bf

Sementara itu, Yul-hee sebelum ini telah berkahwin dengan Choi Min-hwan pada 2018 dan kedua-dua mereka telah dikurniakan 3 orang anak. Namun, pasangan itu telah menamatkan hubungan mereka dan bercerai pada Disember 2023.

Kalau Yul-hee bahagia apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...