Ikuti Kami:

“Kami Sudah Cuba Melawannya..” – Syasya DOLLA Jelas Sebab Cover Lagu BLACKPINK Di ABPBH 33

“Kami Sudah Cuba Melawannya..” – Syasya DOLLA Jelas Sebab Cover Lagu BLACKPINK Di ABPBH 33

Selepas menafikan bahawa mereka meniru kumpulan BLACKPINK, ramai yang mula meragui kenyataan tersebut apabila DOLLA tampil mempersembahkan lagu kumpulan K-Pop popular itu semasa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 baru-baru ini.

Peminat terutamanya kecewa kerana menyangkakan bahawa kumpulan wanita tempatan itu akan dapat mempromosikan lagu mereka sendiri seperti “Make Me Wanna” dan “Impikan”, namun mereka hanya disajikan dengan lagu cover “Lovesick Girls” sahaja.

Disebabkan oleh persembahan tersebut, semakin ramai yang menebak DOLLA cuba mengaut populariti dengan menggunakan BLACKPINK.

dolla nafi tiru blackpink

Walaubagaimanapun, Syasya daripada kumpulan DOLLA sendiri telah tampil menjelaskan hal sebenar mengenai sebab mereka memilih untuk mempersembahkan lagu BLACKPINK menerusi live di Instagram miliknya.

Selain memohon maaf kepada para peminat kerana tidak membawa lagu sendiri, Syasya menjelaskan bahawa pihak penganjur telah menetapkan tema pada malam tersebut iaitu ‘cover song’.

Peminat sepertinya sedih kerana kami tak buat persembahan lagu ‘Impikan’. Saya memohon maaf tapi kami dah cuba melawannya.

Mungkin sering disamakan dengan Lisa BLACKPINK, Syasya turut menjelaskan bahawa dia meminta untuk tidak membawa bahagian nyanyian gadis tersebut.

Saya tak pasti kalau kalian perasan, tapi saya ialah Ji-soo ketika persembahan cover tersebut. Sebab saya tak mahu orang bandingkan sangat saya dengan Lisa.

syasya dolla sama lisa blackpink

Lisa BLACKPINK

Daripada penjelasan ini, jelaslah bahawa keputusan DOLLA untuk membawa lagu BLACKPINK hanyalah kerana akur dengan permintaan pihak penganjur. Malah artis lain seperti Syamel turut menyanyikan lagu Yonnyboii bagi mengikuti tema pada malam itu.

Semoga ramai yang cuba tidak menunding jari tanpa mendengar penjelasan sebenar disebalik persembahan ‘Lovesick Girls’ tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...