“Kata Tak Tiru BLACKPINK..” – Netizen Persoal DOLLA Cover Lagu ‘Lovesick Girls’ Di ABPBH 33

dolla abpbh 33

Rasanya ramai kini yang mengenali kumpulan DOLLA yang sudah hampir setahun memulakan karier seni mereka dalam industri seni tempatan.

Sudah dibandingkan dengan kumpulan K-Pop popular BLACKPINK sejak awal kemunculan lagi, namun ahli kumpulan DOLLA menafikan dakwaan ‘copy cat’ tersebut dan menjelaskan bahawa mereka terinspirasi apabila melihat kejayaan kumpulan Korea tersebut di peringkat global.

Terbaru, peminat DOLLA nyata teruja apabila dikhabarkan bahawa kumpulan itu disahkan bakal muncul membuat persembahan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33. Namun lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi.

Selalu menafikan tuduhan meniru BLACKPINK, netizen nyata kecewa apabila melihat kumpulan DOLLA mempersembahkan lagu “Lovesick Girls” yang merupakan dendangan asal kumpulan K-Pop itu dan bukannya lagu mereka sendiri iaitu “Impikan (Watch me Glow)”.

Hal ini membuatkan ramai yang kembali menyebut mengenai DOLLA yang sepertinya terus menggunakan BLACKPINK untuk meraih populariti.

dolla abpbh 33 dolla abpbh 33 dolla abpbh 33 dolla abpbh 33 dolla abpbh 33 dolla abpbh 33

Walaubagaimanapun, menurut penjelasan beberapa netizen di Twitter, khabarnya DOLLA diminta oleh pihak penganjur untuk cover lagu daripada kumpulan Korea tersebut dan bukannya atas kemahuan mereka sendiri.

dolla abpbh 33 dolla abpbh 33 dolla abpbh 33

Mungkin juga DOLLA sendiri mahu mempersembahkan lagu sendiri namun terpaksa akur dengan permintaan penganjur, siapa tahu apa yang jadi di belakang tabir kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply