Ikuti Kami:

“Kami Semua Tak Sabar” – Para Pelakon ‘Missing: The Other Side’ Teruja Untuk Musim Kedua

“Kami Semua Tak Sabar” – Para Pelakon ‘Missing: The Other Side’ Teruja Untuk Musim Kedua

Korang dah sedia ke untuk tengok drama “Missing: The Other Side” musim kedua?

Terbaru, satu sesi sidang media diadakan bagi mempromosikan musim kedua “Missing: The Other Side”. Acara itu dihadiri oleh pengarah, Min Yeon-hong dan juga para pelakon, Go Soo, Heo Joon-ho, Ahn So-hee, Ha Jun, Lee Jung-eun dan Kim Dong-hwi.

Bagi yang belum tahu, drama “Missing: The Other Side 2” adalah satu drama misteri fantasi mengenai sebuah perkampungan yang didiami roh-roh golongan yang hilang sewaktu mereka hidup.

Menerusi sidang media itu, Lee Jung-eun sempat berkongsi bahawa,

Saya sendiri sangat meminati musim pertama. Jadi, selepas saya bertemu dengan pengarah untuk tawaran musim kedua, saya terus teruja untuk menerimanya.

Sama juga seperti Kim Dong-hwi yang berkata,

Saya sangat berharap untuk memainkan watak dalam musim kedua. Saya sangat bersyukur saya diberi peluang untuk musim terbaru ini.

Apabila pelakon dari musim pertama masih turut menyertai drama musim kedua, Ha Jun dan Go Soo turut berkongsi bahawa mereka juga sangat teruja.missing the other sideGo Soo berkata bahawa musim kedua memberi sedikit kelainan daripada pelbagai aspek. Malah, dia juga berasa lebih selesa untuk menjalani penggambaran di musim kedua.

Kalau dah semua pelakon sendiri teruja, maknanya musim kedua ini mesti best!

Tengok 19 Disember ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...