Ikuti Kami:

“Saya Senang Dengan Semua” – Go Soo Kongsi Pengalaman Jalani Penggambaran Drama ‘Missing: The Other Side 2’

“Saya Senang Dengan Semua” – Go Soo Kongsi Pengalaman Jalani Penggambaran Drama ‘Missing: The Other Side 2’

Lama Go Soo tak kembali ke layar kan?

Buat yang belum tahu, “Missing: The Other Side” adalah drama bergenre misteri fantasi yang mengisahkan mengenai kampung yang didiami oleh roh orang yang hilang semasa mereka hidup. Selepas dua tahun, siri ini kembali dengan musim kedua yang menampilkan Go Soo, Heo Joon-ho, Ahn So-hee dan ramai lagi.

Go Soo yang kini kembali ke layar, berkongsi bahawa dia selesa apabila berpeluang untuk kembali ke musim kedua drama ini. go sooMelakonkan watak Kim Wook sangat menyeronokkan, set penggambaran tenang sahaja, semuanya berjalan lancar malah semua staf juga sangat bekerjasama.

Sewaktu penggambaran musim pertama, saya pernah berbual dengan Heo Joon-ho mengenai musim kedua hanya sebagai gurauan. Malah, kami turut bergurau untuk ada musim ketiga dan keempat, jadi saya rasa pelbagai emosi sewaktu menjalani penggambaran musim kedua. 

Apabila ditanya mengenai kekuatan drama ini, Go Soo berkata,

Salah satu kekuatan drama ini adalah perkataan ‘missing’ itu sendiri. Drama ini mengisahkan mengenai orang yang mati akibat kejadian yang tidak diingini dan terdapat banyak episod yang akan bermula dengan “Apakah perkara yang mereka tidak dapat katakan atau mahukan?”. Jadi, setiap episod adalah untuk merungkai segala tak hilang walaupun individunya sudah tidak ada. 

go sooDia juga menambah,

Saya juga amat bersyukur dengan kehadiran Heo Joon-ho kerana dia membuat saya rasa selesa untuk berlakon bersama, malah sentiasa memberikan reaksi dan nasihat yang baik. Saya mampu mencipta keserasian bersamanya malah saya juga sangat senang dapat bekerjasama bersama yang lain. 

Untuk pengetahuan, musim kedua bagi “Missing: The Other Side” akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini.

Tengok tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...