Ikuti Kami:

“Kami Semua Sedih” – Dara Kongsi Perasaan 2NE1 Bubar & Sebab Persembahan Di Coachella Terjadi

“Kami Semua Sedih” – Dara Kongsi Perasaan 2NE1 Bubar & Sebab Persembahan Di Coachella Terjadi

Bila dah dibubarkan, bukan senang untuk Dara kembali beraksi bersama ahli 2NE1 yang lain di pentas kan?

Tampil dalam satu rancangan hiburan siaran MBC, “Radiostar” baru-baru ini, Dara 2NE1 berkongsi beberapa perkara yang umum tidak tahu mengenai dirinya dan juga kumpulan 2NE1.

Populariti yang dikecapi oleh 2NE1 pada 2015 sangat luar, sehinggakan pelakon antarabangsa, Emma Stone juga merupakan salah seorang peminat mereka. Bukan sahaja dari luar negara, pelakon Jeon Ho-yeon juga mengakui bahawa dia sangat meminati 2NE1. emma stoneMelihat kepada populariti 2NE1, Ahn Young-mi bertanya kepada Dara,

2NE1 sangat popular pada waktu itu, jadi apa yang kamu rasakan sewaktu kumpulan itu dibubarkan?

Dia menjawab,

Saya rasa macam semua langit mulai runtuh. Ianya situasi yang sangat tidak baik bagi saya. Agensi pula berkata ianya makin sukar buat kumpulan kami untuk meneruskan promosi. Namun kami berfikir, kami semua mempunyai peminat tersendiri, jadi kami fikirkan cara untuk meneruskannya. Bayangkan, kami mempromosikan kumpulan selama 7 tahun bersama, namun kami hanya ada 2 album penuh. 

daraDia menambah,

Kami hanya ada 2 album penuh, jadi kami semua mulai memikirkan dari sudut pandangan peminat. Kami resah, bagaimana jika kita tidak dapat beraksi dan jumpa dengan peminat lagi? Walaupun kami mempromosikan kumpulan selama 7 tahun, namun dalam 7 tahun itu, saya rasa menjadi Dara 2NE1 hanya sekadar nama. 

Dara juga berkata impiannya adalah untuk kembali beraksi bersama 2NE1, dan ahli lain turut merasa begitu.

Semua ahli mahukan perkara yang sama, jadi kami percaya akan masih ada ruang dan peluang untuk kami. Bila kami melihat comeback Girls’ Generation, kami yakin idola ‘2nd Generation’ masih relevan. 

Menyebut mengenai comeback, Kim Gu-ra juga sempat bertanya kepada Dara adakah persembahan kejutan oleh 2NE1 di Coachella sebelum ini, suatu comeback atau kebetulan?

2ne1Dara menjawab,

Tak, pada waktu itu kami tiada apa perancangan pun mengenai promosi akan datang namun CL dijemout untuk membuat persembahan di Coachella dan dia terus mengumpulkan kami semua untuk bertanyakan apa yang kami semua mahukan. Kami mahu beraksi bersama.

Pihak Coachella juga sempat memberikan beberapa syarat kepada 2NE1 jika mereka mahu beraksi.

Pihak Coachella mahu kami semua merahsiakan persembahan kejutan itu dan kami semua menandatangani satu kontrak. Jika kami melanggar kontrak itu, semestinya kami perlu membayar saman. Jadi kami berempat, merahsiakan perkara ini daripada agensi dan semua orang. Kami melakukan persiapan semua dengan sendirinya.

2ne1Pada penghujung persembahan mereka di Coachella, Dara berkata,

Ketika itu kami semua menangis dengan bersungguh-sungguh kerana kami tidak mahu ianya berakhir di sini sahaja. 

Kami pun tidak mahu 2NE1 hilang terus….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...