Pastinya ramai yang ingin tahu mengenai keadaan Won Bin kini selepas 13 tahun ‘menghilangkan diri’ dari dunia lakonan selepas kejayaan filem “Man From Nowhere”.
Terbaru, isterinya iaitu Lee Na-young yang bakal kembali dengan drama terbaru iaitu “Park Hakyung’s Travel Diary” telah berkongsi lebih mengenai kehidupan peribadinya dalam sebuah temubual rasmi.
Jelasnya, dia sering melancong di dalam negeri bersama Won Bin dan anak lelaki mereka. Malah wanita itu mendedhkan bahawa tiada siapa yang mengenali mereka kerana pakaian yang dipakainya nampak biasa sahaja dan kurang menonjol.
Lee Na-young turut bercerita mengenai percutian terbarunya iaitu di Gyeongju baru-baru ini,
Sudah beberapa kali saya ke sana, dan saya berasa tenang setiap kali berada di situ.
Dalam pada itu, “Park Hakyung’s Travel Diary” membawa kisah seorang guru sekolah yang cuba melarikan diri dari kehidupannya yang mendatar dengan berjalan pada setiap hari Sabtu untuk mengalami budaya baru di merata tempat.
Bila agaknya Won Bin akan kembali berlakon?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉