Akhirnya pelakon Won Bin kembali tapi bukan seperti yang diharapkan peminat.
Terbaru, pelakon yang dirindui ramai itu telah dipilih untuk menjadi teraju utama untuk sebuah iklan baru. Menerusi lakonan yang hebat, ia berjaya membuatkan kesemua staf di set menepuk tangan tanda kagum.
Membawa kisah yang mendalam, jenama ‘INCELLDERM’ nyata membuktikan bahawa mereka mempunyai bajet yang besar semasa mengambil lelaki itu sebagai wajah pengiklanan mereka. Bukan itu sahaja, bajet produksi yang kelihatan seperti filem itu turut mendapat pujian penonton.
Komen mereka,
Ada Won Bin, terus nampak macam filem.
Rasa macam tengok filem bukan iklan.
Won Bin sememangnya Won Bin.
Handsomenya Won Bin!
Dalam pada itu, kali terakhir Won Bin aktif dalam bidang lakonan ialah pada 2010 menerusi dilem “The Man From Nowhere”. Walaupun ada menerima tawaran daripada drama dan filem lain, namun suami Lee Na-young itu sepertinya lebih selesa berlakon di dalam iklan sahaja.
Ruginya bakat yang ada…
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉