Ikuti Kami:

“Kami Sangat Sedih” – Peminat NCT Dream Sedih & Kecewa Konsert Di Seoul Dibatalkan

“Kami Sangat Sedih” – Peminat NCT Dream Sedih & Kecewa Konsert Di Seoul Dibatalkan

Dunia K-Pop baru saja digemparkan dengan khabar bahawa Mark NCT Dream telah disahkan positif COVID-19, namun kini seorang lagi ahli, Renjun turut disahkan positif. Aduh…

Agensi mereka, SM Entertainment telah mengesahkan bahawa Renjun kini merupakan ahli kedua yang disahkan positif, justeru itu konsert mereka yang akan datang terpaksa dibatalkan.

NCT Dream sebelum ini dijadualkan untuk mengadakan persembahan di Gocheok Sky Dome, Seoul bermula daripada 29 sehingga 31 Julai. Perancangan asal sebelum ini adalah mereka akan meneruskan konsert itu tanpa Mark, namun konsert itu jelas tidak dapat diteruskan apabila kini dua ahli tidak dapat hadir. nct dreamYang pasti, berita pembatalan konsert “The DREAM SHOW 2: In A Dream”, kesemua peminat NCT Dream tidak dapat menahan perasaan sedih mereka malah, mereka menzahirkan rasa kecewa melalui platform media sosial.

Antara komen yang dilihat di media sosial adalah seperti berikut,

Ini sangat mengecewakan, mereka sepatutnya menangguhkannya bukan membatalkannya.

 

Omg, ahli mungkin juga benar-benar kecewa.

 

Saya sedang menunggu pandemik beransur untuk akhirnya melihat mereka dalam konsert dan ia dibatalkan?

 

Saya sangat sedih.

 

Sekurang-kurangnya agensi membayar balik semua tiket.

 

Saya faham mengapa mereka membatalkan persembahan tetapi saya sangat kecewa dan sangat sedih.

 

Saya tidak percaya mereka membatalkan konsert itu.

 

Saya akan menangis.

 

Kenapa mereka tidak boleh menangguhkannya?

 

Saya sangat menantikan konsert ini.

 

Kami tidak boleh menyalahkan semua orang tetapi ini sangat menyedihkan.

nct dreamTu lah nak buat macam mana… Kalau sakit pun pergi perform juga, lagi susah nanti kan?

Sabar lah ye…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...