Ikuti Kami:

Jaehyun NCT Kongsi Pandangan Mengenai Kejayaan Diri & Kumpulan

Jaehyun NCT Kongsi Pandangan Mengenai Kejayaan Diri & Kumpulan

Jae-hyun NCT baru-baru ini tampil dalam muka hadapan majalah ELLE! Wah makin lama, makin ‘class’!

Jika sebelum ini, Jae-hyun menjadi bualan hangat apabila dia menjadi duta bagi jenama terkenal, PRADA, dia kini dilihat tampil dalam muka hadapan majalah ELLE. Hebat ek!

Dalam pada itu juga, dia sempat ditemu ramah sewaktu sesi penggambaran majalah ELLE tersebut. Jae-hyun sempat berkongsi mengenai kumpulannya, NCT.jaehyun

Semasa kami berjaya melengkapkan setiap persembahan, saya mula berfikir bahawa saya melakukannya dengan baik dengan memilih untuk menyanyi dan menari.

Melihat kepada pencapaian kumpulan NCT sehingga kini, Jae-hyun berkata,

Jika dahulu, saya mempunyai pendirian yang mana saya perlu membuktikan dan menunjukkan diri saya dengan betul, tapi kini saya rasa seperti ada tanggungjawab tertentu untuk menerima banyak sokongan. Keinginan saya untuk membalas sokonganndan perhatian yang NCT terima, semakin besar dan lebih besar.

jaehyunEkoran daripada kerjayanya sekarang sebagai artis dan juga ikon fesyen, Jae-hyun berkata,

Seperti biasa, saya akan banyak berlatih dan berfikir. Walaupun sikap saya terhadap kerja dan kesedaran matlamat saya adalah sama, rasanya apa yang diletakkan di depan mata saya perlahan-lahan akan menjadi lebih jelas.

Saya masih mempunyai perjalanan yang panjang, tetapi saya ingin memberitahu diri saya bahawa saya pasti melakukannya dengan baik, sedikit demi sedikit.

Nampak gayanya, Jae-hyun seorang yang berfikiran jauh dan bermatlamat kan? Mesti lebih banyak dia boleh capai lepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...