Ikuti Kami:

“Kami Pernah Sekolah Bersama…” – Ahn Bohyun Dedah Sudah Lama Berkawan Dengan Kim Woobin

“Kami Pernah Sekolah Bersama…” – Ahn Bohyun Dedah Sudah Lama Berkawan Dengan Kim Woobin

Dua jejaka ini pastinya tidak asing lagi dalam dunia K-Pop. Ahn Bo-hyun berkongsi baru-baru ini bahawa, dia dan Kim Woo-bin pernah bersekolah sekali. Eh senior junior ke ni?

Ahn Bo-hyun tampil sebagai tetamu dalam satu rancangan masakan tvN, “The Backpacker Chef” di samping Baek Jong-won, Oh Dae-wan dan Dindin. Untuk episod kali ini, mereka berempat pergi ke Penjara Cheong-song sebagai destinasi mereka.

Ketika berada di sana mereka perlu menjalankan beberapa aktiviti di bahagian pengurusan belakang penjara itu. Ahn Bo-hyun mula mendekati Baek Jong-won dan turut berbual bersamanya.ahn bohyunMenerusi perbualan mesra mereka, Ahn Bo-hyun berbual mengenai satu tempat iaitu Dae-gu, di mana terletaknya kampung halaman Lee Ho-cheol. Ahn Bo-hyun berkata,

Saya juga pernah tinggal di Dae-gu selama 3 tahun. Saya pun pernah pergi ke sekolah yang sama dengan Kim Woo-bin di sekolah Gyeong-san.

Ahn Bo-hyun menambah,

Kami berdua juga merupakan pelajar kelulusan “Modelling” dari Universiti Dae-kyung.

ahn bohyunLah, tak sangka pernah satu sekolah. Kalau macamtu bila nak satu skrin sekali? Eh…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...