Ikuti Kami:

“Kami Pergi Rumah Suga..” – Buat Peminat Terharu, V Dedah Cara BTS Sokong Projek Solo Setiap Ahli

“Kami Pergi Rumah Suga..” – Buat Peminat Terharu, V Dedah Cara BTS Sokong Projek Solo Setiap Ahli

Sudah lebih 9 tahun bersama, keakraban antara ahli BTS memang tidak dapat dinafikan lagi.

Baru-baru ini, V BTS telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Vogue Korea. Pada awal temu bual, V berkongsi pendapatnya tentang mengapa dunia ini memerlukan muzik. Jelas idola kegemaran ramai itu,

Saya rasa muzik membantu kita semua bernafas. Saya tidak fikir saya mahu hidup jika muzik dikeluarkan dari hidup saya. Saya percaya muzik yang menguatkan semua emosi, termasuk keselesaan, keseronokan dan perasaan tersentuh, dalam semua corak hidup saya, seperti ketika saya akan bekerja, meninggalkan kerja dan makan.

Selain rakan ahli BTS, V juga mempunyai rakan selebriti yang lain seperti Park Bo-gum, Park Seo-jun dan ramai lagi. Mengenai keramahannya dalam membuat kawan, V mengulas,

Saya jenis yang menghargai hubungan saya dengan orang lain. Saya pada asalnya suka orang dan saya fikir semua artis, pengarah, penulis, dan wartawan adalah berharga. Orang-orang di sekeliling saya sekarang adalah orang-orang berharga yang telah menjadikan saya seperti sekarang.

bts

Kini, ahli BTS masing-masing lebih fokus dengan projek solo mereka sendiri. Dalam temu bual ini, V turut berkongsi bagaimana mereka memberikan sokongan dan kekuatan antara satu sama lain ketika bekerja secara berasingan. Dia berkongsi,

Kami sangat menyokong satu sama lain. Baru-baru ini, ahli pergi ke rumah Suga untuk berkongsi lagu solo yang kami ciptakan masing-masing. Ada yang akan menari dan kami semua akan berkata, ‘Ia bagus, ia bagus!’.

Dia menambah,

Saya tidak tahu sama ada ia kerana ahli sedang menyediakan muzik baharu dengan warna mereka sendiri, tetapi ia sangat bagus untuk melihat betapa bersemangatnya, secara aktif, dan dengan tekun kami membuat muzik dan saling menyayangi.

bts

‘Sweet’ sangat hubungan antara ahli BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...