Ikuti Kami:

V BTS Hiasi Muka Depan, Majalah Vogue Korea Capai 1 Juta Pra-Tempahan Pada Hari Pertama

V BTS Hiasi Muka Depan, Majalah Vogue Korea Capai 1 Juta Pra-Tempahan Pada Hari Pertama

V BTS sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai idola popular seluruh dunia!

Terbaru, V merupakan ahli pertama BTS yang menghiasi muka depan untuk majalah Vogue Korea secara solo, pada edisi Oktober nanti. Idola itu turut diberi gelaran ‘Icon of an Era’, membuktikan pengaruhnya yang kuat pada masa kini.

Sebaik sahaja pra-pesanan dibuka pada 8 September, ramai peminat berpusu-pusu ingin mendapatkan senaskhah majalah yang menampilkan idola kesayangan mereka itu.

Pada hari pertama, majalah Vogue Korea yang menampilkan V di muka depan telah mencatat indeks jualan tertinggi dalam sejarah, melepasi 1 juta pra-pesanan. Data tersebut dikumpul dari pelbagai kedai seperti Aladin, yes24, Amazon Japan dan banyak lagi.

Tidak habis di situ, jangkaan untuk majalah itu masih tinggi memandangkan Vogue Korea telah memberi spoiler dengan ‘V2 akan datang!’.

Haaa nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...