Korang seronok tak, GOT7 akhirnya telah membuat kemunculan semula dengan kesemua 7 ahli?
Pada 23 Mei, GOT7 telah mengadakan sidang akhbar bagi meraikan pengeluaran mini album baharu mereka berjudul “GOT7”. Pada awalnya, ketua kempulan itu JayB berkata,
Kami bertujuh dengan jelas menyatakan bahawa kami akan membuat kemunculan semula sejak awal, tetapi ini masih merupakan detik yang seperti bermimpi dan menyentuh perasaan saya.
Jin-young turut menyatakan,
Peminat kami telah menunggu kami. Saya fikir ia melegakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita membalasnya. Saya rasa kita di sini bersama sambil menepati janji kita.
Tambah Young-jae,
Kami bertujuh aktif semasa proses penyediaan, itulah cara kami dapat kembali dengan cepat.
Untuk pengetahuan, pada Januari tahun lalu, GOT7 telah menamatkan kontrak mereka dengan agensi JYP Entertainment dan semuanya sudah tidak bernaung di bawah satu agensi yang sama lagi. Menggembirakan peminat apabila GOT7 masih berusaha untuk aktif sebagai satu kumpulan. BamBam perjelas,
Kami membuat janji dengan peminat kami, jadi kami mahu menepatinya. Kami ingin membuktikan bahawa GOT7 tidak dibubarkan. Itulah sebabnya kami mengeluarkan album ini dan mengotakan janji kami dengan peminat kami. Saya berehat daripada aktiviti solo dan memberi tumpuan kepada aktiviti berpasukan.
Korang dah dengar belum lagu baharu GOT7?