Ikuti Kami:

GOT7 Bersatu Semula & Jayakan Konsert ‘Homecoming’ Buat Peminat

GOT7 Bersatu Semula & Jayakan Konsert ‘Homecoming’ Buat Peminat

Kumpulan lelaki GOT7 yang masih teguh bergerak dalam 7 orang ahli baru-baru ini mengadakan konsert bersama peminat! Bestnya!

Konsert bersama peminat itu berlansung selama 2 hari dan pada 21 Mei, ianya merupakan konsert pada hari pertama. Konsert bersama peminat ini merupakan satu tanda kemunculan semula mereka dengan album baharu “GOT7!”.  Konsert “GOT7 Homecoming 2022 FanCon” ini berlangsung dengan jayanya di Stadium Bola Baling Olimpik SK di Taman Olimpik.

got7

Keakraban antara setiap ahli GOT7 sangat menakjubkan dimana mereka dilihat berjaya menghibur dan mengubati kerinduan penonton dari awal konsert hingga akhir.

Semasa konsert itu berlansung, kumpulan itu bukan sahaja mempersembahkan lagu tajuk bagi album baharu mereka “NANANA” buat kali pertama, malah mereka turut menampilkan beberapa lagu lain, meninggalkan kenangan yang tidak akan mereka lupakan kepada peminat.

Di samping persembahan itu, GOT7 juga menggandakan lagi keseronokan buat peminat  dengan berkomunikasi secara dekat dan ikhlas dengan peminat mereka. Ahli GOT7 turut berkongsi cerita dari sebalik tabir untuk penghasilan album baharu, serta berinteraksi dengan peminat mengenai perihal mereka.

got7

Sementara itu juga, GOT7 dijangka bakal meneruskan konsert “GOT7 HOMECOMING 2022 FanCon” kedua secara dalam talian dan luar talian pada 22 Mei, dan membuat kemunculan semula penuh dengan mini album baharu “GOT7!” pada 23 Mei ini.

Tak sabarnya kan nak dengar album mini terbaru mereka! Korang dah’ready’ ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...