Ikuti Kami:

“Kami Mahu Tapi..” – Ramai Peminat Tunggu, Dara Dedah Sebab 2NE1 Sukar Untuk Comeback

“Kami Mahu Tapi..” – Ramai Peminat Tunggu, Dara Dedah Sebab 2NE1 Sukar Untuk Comeback

Selepas reunion mereka di Coachella, pasti ramai yang mengharapkan 2NE1 untuk kembali dengan muzik baru, kan?

Terbaru pada siaran 5 Oktober program “Problem Child in House”, salah seorang ahli 2NE1 iaitu Dara telah muncul sebagai tetamu.

Dalam siaran tersebut, Dara berkongsi tentang bagaimana 2NE1 boleh bersatu semula di Coachella setelah 7 tahun. Jelasnya,

Coachella ialah festival terbesar di dunia dan saya terfikir bahawa kami perlu bertemu peminat di sini tetapi ia sukar. Kami menandatangani perjanjian kerahsiaan. Tiada siapa yang tahu, termasuk agensi saya dan kawan rapat saya. Saya berasa perlu minta maaf.

2NE1

Kemudian, Dara turut mendedahkan bahawa CL telah banyak menangis selepas mereka selesai melakukan persembahan di situ. Bukan itu sahaja, CL juga turut menangis apabila mereka semua terpaksa berpisah apabila ahli pulang ke Korea dahulu. Kongsi Dara,

Selepas persembahan kami, kami bersama selama 10 hari di Amerika Syarikat. Ia adalah hari saya dan Bom pulang ke Korea dahulu. Hari itu, CL menangis sehingga kami tidak dapat pergi. Itulah kali pertama saya melihatnya seperti itu, jadi saya sangat terkejut dan sedih.

Selepas membuat persembahan mengejut di Coachella, ramai peminat mempunyai harapan untuk kemunculan semula 2NE1 dengan lagu baru. Bagaimanapun, Dara menjelaskan bahawa ianya sukar,

Kami mahu melakukannya juga tetapi kerana agensi kami semua berbeza, ia sukar.

2NE1

Kami akan tetap setia tunggu 2NE1!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...