Utama Drama Korea “Kami Mahu..” – Song Joongki Ulas Penghasilan Musim Kedua ‘Vincenzo’

“Kami Mahu..” – Song Joongki Ulas Penghasilan Musim Kedua ‘Vincenzo’

tvn vincenzo

Setelah setahun berlalu, para pelakon utama “Vincenzo” dikhabarkan telah berkumpul semula dalam sebuah parti baru-baru ini.

Disebabkan ketika tayangan drama itu pada ketika orang ramai tidak boleh berkumpul dek kekangan COVID-19, mereka hanya dapat mengacarakan parti ini kini.

Ketika parti tersebut, Song Joong-ki menjawab mengenai persoalan tentang musim kedua “Vincenzo”,

Apa saya nak buat dengan watak yang mati?

tvn vincenzo

Bukan itu sahaja, kesemua pelakon turut memberikan respon yang positif untuk penghasilan musim keduanya.

Untuk pengetahuan, “Vincenzo” yang tamat pada Mei tahun lalu membawa kisah peguam mafia Itali yang datang ke Korea bagi menghapuskan penjahat dengan kejahatan. Ketika tayangan, naskhah itu mencatat rekod tertinggi sebanyak 14.6%.

Nak tak musim kedua “Vincenzo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald POP
Loading...