Ikuti Kami:

Dah Bincang Dengan Song Joongki, Penulis Ingin Hasilkan Musim Kedua ‘Vincenzo’?

Dah Bincang Dengan Song Joongki, Penulis Ingin Hasilkan Musim Kedua ‘Vincenzo’?

Ada tak yang inginkan musim kedua drama “Vincenzo”?

Bagi yang belum tahu, diterajui Song Joong-ki dan Jeon Yeo-been, “Vincenzo” membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano, yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young.

Menerima sambutan hangat ketika ianya ditayangkan, pasti ada penonton yang menantikan musim terbaru siri berkenaan.

Baru-baru ini, penulis drama “Vincenzo” iaitu Park Jae-bum telah pergi ke Taiwan, di mana dia dijemput untuk memberi kuliah di Kelas Sarjana Filem Golden Horse dan berkongsi tentang proses pengeluaran sebuah filem atau drama.

vincenzo

Khususnya di hujung program, Park Jae-bum ditanya tentang kemungkinan penghasilan sekuel untuk “Vincenzo”.

Menarik perhatian, Park Jae-bum berkata dengan penuh semangat bahawa dia telah mempertimbangkannya sepanjang masa dan turut mengaku bahawa dia sudah pun bercakap secara peribadi dengan Song Joong-ki sendiri mengenainya.

Wah! Korang nak tak musim kedua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...