Ikuti Kami:

“Kami Langsung Tak Pernah Gaduh..” – EXO Dedah Sebab Ahli Masih Bersama & Rapat Hingga Kini

“Kami Langsung Tak Pernah Gaduh..” – EXO Dedah Sebab Ahli Masih Bersama & Rapat Hingga Kini

Pejam celik pejam celik, EXO sudah pun memasuki tahun ke-11 mereka dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, 3 ahli EXO iaitu Chan-yeol, Xiumin dan Baek-hyun telah muncul dalam program Eunchae LE SSERAFIM “Eunchae’s Star Diary” dan berkongsi pelbagai nasihat kepada junior mereka itu.

Ketika sedang berborak, Eunchae bertanya kepada ahli EXO,

Apa yang kami, LE SSERAFIM, perlu lakukan untuk menjadi kumpulan yang hebat dalam masa 10 tahun?

Respon Baek-hyun,

Pertama, saya rasa semua ahli LE SSERAFIM suka membuat persembahan. Dalam industri ini, saya fikir awak semua akan bertahan lama sekiranya awak berfikiran profesional dan bekerja keras. Namun, awak tak boleh hilang minat untuk melakukan ini.

exo eunchae

Tambah Chan-yeol lagi dengan memberi nasihat,

Bagus untuk awak semua rapat antara satu sama lain. Awak lebih kerap bekerja dan bergaul dengan ahli berbanding dengan rakan lain. Jadi, jika awak bergaul dengan baik, kumpulan itu lebih bertahan lama.

Bukan itu sahaja, Baek-hyun dan Xiumin juga turut memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai ramai kawan selebriti kerana semua ahli EXO memang rapat antara satu sama lain.

Kemudian, Chan-yeol meneruskan lagi dengan mendedahkan bahawa mereka tidak pernah bergaduh sesama sendiri,

Orang berkata bahawa lelaki perlu banyak bergaduh untuk jadi lebih rapat tetapi kami memang jarang bergaduh.

Celah Baek-hyun,

Kami tidak pernah bergaduh sekali pun.

Ohh, inilah sebab EXO masih rapat sampai sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...