Dah berpisah dengan YG Entertainment, semua ahli BIGBANG telah pun membawa haluan masing-masing..

Terbaru pada 7 Mac, Daesung telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Hong Jin-kyung, di mana lelaki itu ada bercakap tentang hubungannya dengan ahli BIGBANG kini.
Dalam siaran itu, pengacara bertanya kepada Daesung,
Berapa kerap awak berborak dengan ahli BIGBANG?
Jawab penyanyi itu,
Sekarang saya bekerja sebagai solo artis jadi, saya jarang bercakap di telefon seperti dulu.
Namun dia menjelaskan bahawa dia banyak berbual dengan ahli ketika perbincangan dengan agensi mengenai kontrak mereka. Sambungnya,
Sekarang, apabila saya menghubungi mereka, kami hanya menyokong satu sama lain.
Rindunya BIGBANG!