Ikuti Kami:

“Ahli Mana Yang Tak Perlu Ada?” – Didakwa Jatuhkan 2NE1, Respon Daesung BIGBANG Hangat Dikritik Kini

“Ahli Mana Yang Tak Perlu Ada?” – Didakwa Jatuhkan 2NE1, Respon Daesung BIGBANG Hangat Dikritik Kini

Nampaknya, ramai yang tak berpuas hati dengan Daesung BIGBANG baru-baru ini, tapi kenapa?

Terbaru, Daesung telah muncul dalam saluran YouTube ‘Psick University’ yang diacarakan oleh pelawak Korea, di mana mereka akan bertanya beberapa soalan kontroversi kepada artis yang datang.

Dalam episod itu, lelaki tersebut ditanya artis YG Entertainment yang manakah paling sedikit memberikan sumbangan buat syarikat itu. Jawab Daesung dengan teragak-agak,

2…2NE1?

Jelasnya,

Ia sebenarnya adadalah BIGBANG. Tetapi ia tiada dalam pilihan jawapan! Kami tidak memberikan keuntungan buat syarikat.

Sambung pengacara lagi dengan bertanya soalan ‘panas’,

Ini soalan susulan. Ahli 2NE1 yang manakah yang tidak diperlukan dalam kumpulan itu?

daesung bigbang

Respon Daesung,

Tidakk! Macam mana awak boleh suruh saya pilih ahli yang tidak diperlukan? Ini jahat. Ini membuatkan saya gila, tetapi..saya akan pilih Minzy. Minzy, saya minta maaf. Saya tidak tahu rancangan ini tentang apa!

Meskipun idola itu sudah beberapa kali meminta maaf kerana dia tiada pilihan lain namun, peminat rata-rata kurang senang dengan respon Daesung, yang sepertinya tidak menghormati 2NE1.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa dia seharusnya tidak menjawab soalan-soalan tersebut, seperti mana dia mengelak untuk menjawab soalan berkaitan BIGBANG.

Antara respon peminat,

Jika rancangan itu mahu menjadi kontroversi, ia sepatutnya bertanya lebih banyak soalan mengenai BIGBANG. Kenapa kena sebut 2NE1 sekali?

 

Wow, ini soalan-soalan yang kurang ajar..

 

Kenapa mereka tidak bertanya soalan tentang kes dadah T.O.P atau skandal Burning Sun Seungri?

 

Kalau dah panggil Daesung, mereka patut tanya soalan berkaitan BIGBANG je lah..

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...