Ikuti Kami:

“Kami Dah Berbaik” – Pelakon Kim Jisoo Dedah Sudah Berbaik Dengan Penuduh Kes Buli

“Kami Dah Berbaik” – Pelakon Kim Jisoo Dedah Sudah Berbaik Dengan Penuduh Kes Buli

Pelakon Ji-soo muncul dua tahun selepas skandal pembuliannya.

Pada Mac 2021, Ji-soo telah dituduh melakukan keganasan sekolah dan pembulian yang menyebabkan kontraknya bersama syarikat KEYEAST Entertainment ditamatkan. Dia kemudiannya telah melaporkan diri untuk menjalani latihan ketenteraan dan baru sahaja menamatkan latihannya baru-baru ini.

Di dalam satu temu bual eksklusif, Ji-soo mengatakan bahawa pemberi maklumat awal tentang kes pembulian tersebut telah memaafkan dirinya.

Ji-soo juga menjelaskan tuduhan yang dihadapinya di mana antaranya ialah tuduhan yang mengatakan dia telah membuang air kecil di dalam tong sampah kelas.

kim jisoo

Ji-soo berkata,

Saya tidak pernah melakukan perlakuan seperti itu. Ianya palsu. Semasa saya bersekolah, saya dilayan seperti orang asing dan kawan-kawan saya sering dibuli oleh sekumpulan pelajar. Saya pernah memberikan amaran kepada mereka tapi saya dipukul.

Dia menambah,

Tetapi mereka telah meminta maaf kepada saya dan saya juga terus berkawan dengan mereka. Saya berpikiran bahawa zaman persekolahan saya akan menjadi baik sekiranya saya berkawan dengan mereka. Tapi memang betul saya tidak membuli atau melakukan keganasan terhadap sesiapa.

Ji-soo juga menjelaskan tentang dakwaan yang mengatakan dia cuba lari dari skandal tersebut.

river where the moon rises

Katanya,

Pada masa itu drama ‘River Where The Moon Rises’ sedang disiarkan. Saya terpaksa meminta maaf dengan terburu-buru dan keluar dari drama tersebut. Pada masa itu notis kemasukan latihan ketenteraan saya sudah dikeluarkan jadi saya tidak dapat membela diri saya dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Apa pendapat korang dengan isu ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...