Ikuti Kami:

“Kami Bertelagah..” – Park Seojoon Puji Kesungguhan IU Untuk Watak Dalam Filem ‘Dream’

“Kami Bertelagah..” – Park Seojoon Puji Kesungguhan IU Untuk Watak Dalam Filem ‘Dream’

Pertama kali berlakon bersama, pasti ramai yang teruja ingin lihat gandingan Park Seo-joon dan IU dalam filem “Dream”.

Bagi yang belum tahu, “Dream” yang diterajui Park Seo-joon dan IU, membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.

Dalam filem ini, Park Seo-joon membawa watak sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Manakala IU menghidupkan watak Lee So-min, seorang penerbit yang tidak bersemangat, yang mencipta dokumentari tentang perjalanan pasukan bola kebangsaan gelandangan ke Piala Dunia.

Khususnya Lee So-min ialah watak realistik dengan kemahiran sosial yang hebat, dan tidak pernah hilang senyuman dari wajahnya.

Ketika sesi temu bual, rakan pelakonnya iaitu Park Seo-joon memuji kesungguhan IU untuk memainkan watak berkenaan. Kongsi pelakon lelaki itu,

Dia seorang pelakon yang melakukan banyak kajian tentang wataknya dan projek itu sendiri. Kami bertelagah dari awal hingga akhir dalam filem ini, jadi kami berasa sangat seronok.

Pengarah Lee Byung-hun turut bersetuju,

Dia banyak membuat persediaan dan menunjukkan persembahan yang luar biasa di set.

Nantikan lakonan Park Seo-joon dan IU dalam filem “Dream” pada 26 April ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...