Ikuti Kami:

“Kami Berpisah Tetapi..” – Lee Jehoon Kongsi Kisah Bekas Teman Wanita Ketika Di Sekolah

“Kami Berpisah Tetapi..” – Lee Jehoon Kongsi Kisah Bekas Teman Wanita Ketika Di Sekolah

Baru-baru ini, Lee Je-hoon telah tampil sebagai tetamu dalam siaran 19 April program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Khususnya, Lee Je-hoon ada berkongsi mengenai bekas teman wanitanya ketika di sekolah menengah dahulu. Dia berkata,

Saya pernah menjadi presiden kelas. Ah, tiba-tiba saya teringat yang saya pernah menjalinkan hubungan ketika di tahun kedua sekolah menengah.

Kongsi pelakon “Taxi Driver” itu lagi,

Kawan itu belajar dengan baik dan saya terus menjadi presiden kelas ketika itu. Kami berada di kelas yang berbeza pada tahun kedua. Pada tahun ketiga kami berpisah tetapi berada di kelas yang sama. Kami menyertai pemilihan ketua kelas bersama-sama. Saya bekerja keras kerana saya fikir ianya memalukan kalau saya gagal dipilih.

lee jehoon

Jelas pelakon itu lagi,

Saya memberitahu rakan saya untuk pilih saya. Namun, saya gagal serta-merta.

Kemudian, Lee Je-hoon turut berkongsi bahawa dia ada mengambil gambar terakhir dengan bekas kekasihnya itu pada hari graduasi,

Pada hari graduasi, kakak saya suruh saya ambil gambar terakhir dengan dia. Saya masih ingat kali terakhir saya mengambil gambar bersama-sama dengan rakan itu.

Membuatkan Yoo Jae-suk tertawa, lelaki itu menghantar surat video dengan berkata kepada wanita tersebut,

Adakah awak sihat?

lee jehoon you quiz on the block

Wuu siapalah bekas teman wanita Lee Je-hoon tu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...