Ikuti Kami:

“Saya Akan Cari Pasangan..” – Usia Hampir Cecah 40 Tahun, Lee Jehoon Akui Ingin Berkahwin

“Saya Akan Cari Pasangan..” – Usia Hampir Cecah 40 Tahun, Lee Jehoon Akui Ingin Berkahwin

Sudah hampir mencecah usia 40 tahun, Lee Je-hoon pastinya ada terfikir soal perkahwinan.

Baru-baru ini, Lee Je-hoon telah terlibat dengan satu temu bual khas di Seoul, susulan tamatnya drama “Taxi Driver 2”.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu bercakap tentang adegan di mana dia bersama watak Pyo Ye-jin iaitu An Go-eun, berlakon menjadi pasangan baru berkahwin. Lee Je-hoon mengulas,

Saya mendapat banyak idea untuk menyatakan pasangan yang cantik dan bahagia. Saya mahu menunjukkan keinginan saya untuk komedi romantik dan melodrama, yang tidak dapat saya lakukan sehingga sekarang.

Kemudian apabila ditanya tentang perkahwinan, pelakon berumur 38 tahun itu dengan terus terang mengaku,

Saya benar-benar memikirkan tentang perkahwinan. Saya bertukar usia di mana saya lebih fikir tentang berkahwin pada tahun ini.

lee jehoon

Tambahnya lagi,

Sekarang, saya rasa saya perlu secara aktif mencari pasangan dan bukannya menunggu mereka untuk datang. Saya bercadang untuk mencari satu tahun ini.

Sambung Lee Je-hoon lagi dengan mendedahkan ciri wanita idamannya,

Saya rasa penting untuk bertemu seseorang yang boleh berseronok dan ketawa bersama walaupun dalam perkara kecil semasa berborak.

lee jehoon marriage

Semoga Lee Je-hoon dapat jumpa pasangan yang sesuai buatnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...