Ikuti Kami:

“Kami Berlatih..” – Kim Youngmin Dedah Rahsia Babak Ranjang Dalam ‘The World Of The Married’

“Kami Berlatih..” – Kim Youngmin Dedah Rahsia Babak Ranjang Dalam ‘The World Of The Married’

Peminat K-Drama pastinya mengenali Kim Young-min kerana sering membawa watak suami curang.

Dalam episod terbaru “Problematic Child In House”, lelaki itu mendedahkan perasaannya apabila dikenali dengan watak sedemikian oleh orang ramai.

Watak pencurang adalah sangat sukar. Saya berasa tenaga sentiasa hilang kerana berhati-hati dengan perasaan kedua-dua pihak.

kim youngmin

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut berkongsi ‘rahsia’ mengenai babak ranjang antaranya dan Kim Hee-ae dalam drama popular “The World Of The Married”. Katanya, dia bersenam bersama Park Hae-jun ketika tempoh penggambaran drama itu bagi menjayakan babak berkenaan.

Dedah lelaki itu lagi,

Kami merangka perjalanan babak dan kadang-kadang ada pelakon ganti. Kalau pengarah menyuruh kami merakamkan babak itu, kami akan membincangkan prosesnya. Disebabkan babak ranjang agak sukar, jadi mereka akan meminta pelakon untuk melakukannya dalam satu rakaman.

kim youngmin

Jelasnya, babak sedemikian kadang-kadang diatur oleh pengatur babak ranjang,

Kami tidak menjamah nasi apabila ada babak ranjang, semuanya diatur. Kami perlu bergerak seperti ini, cium sebegini, dan jatuh…

Ohh ini rahsianya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...